Mengenal pasti kuantiti fizik Kuantiti_fizikal

Kuantiti fizik (physical quantity) adalah kuantiti yang boleh diukur. Kuantiti fizik bukan sahaja digunakan dalam kajian saintifik tetapi ianya juga penting dalam kehidupan seharian kita.

Terdapat lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran.

  1. Panjang (Length)
  2. Jisim (Mass)
  3. Masa (Time)
  4. Suhu (Temperature)
  5. Arus Elektrik (Electric current)

Setiap kuantiti fizikal yang diukur dalam unit SI (International System of Units @ SI units), yang mana ianya adalah unit yang seragam digunakan dalam pengukuran di kebanyakan negara.

Kuantiti FizikUnit SISimbol unit
Panjangmeterm
Jisimkilogramkg
Masasaats
SuhukelvinK
Arus elektrikampereA


Simbol dan nilai prefix

Imbuhan awal (Prefix)SimbolNilai berangka (numerical)
megaM1 000 000
kilok1 000
centic0.01
millim0.001
microµ0.000 001

Nilai sesuatu kuantiti boleh ditulis dengan 'imbuhan awalan' (prefix). Setiap imbuhan awal mempunyai simbol-simbolnya tersendiri. Seseorang menulis sesuatu nilai dengan menggunakan imbuhan awal (prefix) untuk membuat ia lebih mudah bagi merekodkan kuantiti fizik.

Contoh

Nilai kuantiti fizikBentuk imbuhan awal (prefix)
5 000 000 K5 MK
3 000 g3 kg
0.008 m8 mm
0.000 006 A6 µA